Sunday, January 26, 2014
CATERING ICE CREAM
Tuesday, January 21, 2014
https://www.facebook.com/photo.php?v=210158645799041&set=vb.100004147202665&type=2&theater
[KATERING ICE CREAM]
Jarang2 kita jumpa perihal tentang org katering ais krim, selalunya katering untuk nasi2 dan hidangan kenduri jekan..
KELEBIHAN
AIS KRIM EMBUN SANGAT BERKHASIAT KERANA MENGANDUNGI KANDUNGAN SUSU RENDAH LEMAK YANG TINGGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM YANG DAPAT MEMBANTU DIDALAM PEMBENTUKKAN TULANG DAN GIGI YANG KUAT. AIS KRIM JUGA DIPERKAYA DENGAN SUMBER- SUMBER TENAGA YANG BOLEH MEMBANTU MEMBERIKAN TENAGA KEPADA SESEORANG YANG MELAKUKAN AKTIVITI – AKTIVITI LASAK DENGAN MENGGANTIKAN KEMBALI PROTEIN YANG HILANG. CONTOHNYA AIS KRIM BERPERISA COKLAT BERPOTENSI MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.
AIS KRIM JUGA BOLEH MENAIKKAN DAN MENCERIAKAN MOOD, IA AMAT SESUAI UNTUK ORANG - ORANG YANG MENGALAMI TEKANAN PERASAAN, KANAK - KANAK DAN PEREMPUAN YANG SEDANG MENGALAMI PMS.
AIS KRIM JUGA BOLEH BERFUNGSI SEBAGAI UBAT BATUK, CARA MEMAKANNYA ADALAH DENGAN MAKAN PERLAHAN-LAHAN DAN MEMBIARKAN AIS KRIM TERSEBUT CAIR DI DALAM MULUT.
PRODUK YANG BERADA DI PASARAN KEBANYAKANNYA ADALAH KONFEKSI SEJUK BEKU BUKAN AIS KRIM, PERBEZAANNYA IALAH KANDUNGAN SUSU DAN UDARA DIDALAM AIS KRIM TERSEBUT, IANYA BOLEH DIKENAL PASTI DENGAN MELIHAT PERATUSAN SUSU DIDALAMNYA. KANDUNGAN SUSU MESTI MELEBIHI 80% DARIPADA KESELURUHAN BAHAN BAGI MELETAKANNYA SEBAGAI AIS KIRM BUKAN KONFENSI SEJUK BEKU. LEBIH TINGGI KANDUNGAN SUSU LEBIH TINGGILAH KUALITI AIS KRIM TERSEBUT.KUALITI AIS KRIM DIKATEGORIKAN DENGAN JUMLAH RUANG UDARA ATAU BUIH DI DALAMNYA, SEMAKIN KURANG RUANG UDARA, SEMAKIN MAHAL DAN BERKUALITI SESUATU AIS KRIM TERSEBUT, RUANG UDARA YANG BANYAK DIDALAM AIS KRIM AKAN MENYEBABKAN AIS KRIM CEPAT CAIR,
AIS KRIM PALING MAHAL ADALAH JENIS GELATO DAN AIS KRIM YANG PALING MURAH DAN BERKUALITI RENDAH ADALAH JENIS AIS KRIM LEMBUT (SOFT ICE CREAM).
Sunday, October 6, 2013
ICE CREAM RECIPES
INGREDIENTS
1½ cups sugar1½ tsp. ground cinnamon
4 tbsp. unsalted butter, melted
2 cups half & half
1 2"-piece cinnamon stick, broken in half
Pinch kosher salt
6 egg yolks
1 cup heavy cream
½ tsp. vanilla
INSTRUCTIONS
1. Heat oven to 350°. Combine ¾ cup sugar, ground cinnamon, and butter in a bowl. Spread sugar mixture evenly on a silicone-lined baking sheet. Bake until crisp, about 15 minutes; let cool completely. Break into small pieces; set aside.2. Bring half & half, cinnamon stick, and salt to a boil in a 4-qt. saucepan over medium-high heat. Remove from heat and let steep for 20 minutes; strain into a bowl and set aside. Whisk remaining sugar and yolks in until smooth. Slowly whisk in half & half mixture and cream. Return to saucepan over medium heat and cook until mixture thickens and coats the back of a wooden spoon, about 20 minutes. Stir in vanilla until combined; cover with plastic wrap, pressing it against the surface of the custard. Chill custard completely.
3. Pour custard into an ice cream maker and process according to manufacturer's instructions until churned and thick. Transfer ice cream to a bowl and fold in cinnamon sugar mixture. Transfer to an airtight storage container; freeze until set, at least 4 hours.
yang maha pencipta..
telah lama saya tidak menulis diblog ini kerana terlalu sibuk dengan pages dan FB kebelakangan ini....
kami ini sy bercadang untuk berkongsikan tentang kecintaan, yang mana kecintaan ini mengenai kecintaan yang maha pencipta kepada hambanya dan kecintaan seorang hamba kepada penciptanya...
Yg maha pencipta adalah pentakbir cecara total seluruh alam, manakala kita sebagai hambanya hanya sekadar bayang2 yang menzahirkan zat yang maha pencipta...
Thursday, February 7, 2013
Selamat Tahun baru Cina
GONG XJ FA CAJ
terlebih dahulu kami memohon kemaaf kerana blog GUNUNGANANG ni telah lama tidak dikemaskini diatas sebab2 tertentu....inn syaa Allah dari maka kesemasa yg akan datang kami akan mengaktifkan kembali....
Thursday, March 15, 2012
Xpdc ke Gunung Liang timur dan barat...(Tanjung Malim)

Assalamualaikum semua,
kami akan mengadakan xtvt mendaki gunung Liang..
atur cara xtvt..
30 Mac 2012
berkumpul d petronal wangsa melawati yg ada McD
bersebelahan balai bomba wangsa Maju jam 9.00 malam gerak ke RnR Rawang bergabung dgn kawan2 Abang Semz, berkumpul dan bertolak ke Tanjung Malim..ke kg sungai dara behrang Ulu, bermalam di sungai berhampiran rumah Pam kg sg dara..
31 Mac 2012
jam 8.00 bergerak terus ke kem 7e11 dan bermalam disana memandangkan dikem tersebut terdapat sumber air..
01 April 2012
jam 4 pagi bertolak ke puncak gunung Liang untuk menikmati keajaiban alam matahari yg bangun dr tidur.. kita bergambar sakan di kedua2 puncak memandangkan cuma memerlukan masa 15 minit perjalanan diantara kedua puncak...
jam 1
turun terus ke kg sungai dara tunggu semua dah sampai dan bergerak balik ke rumah masing2...
kos untuk xtvt kali ini adalah RM60 termasuk, makan peralatan dan pengankutan (car pool) kita akan bayar kat tuan keta..
kalau berminat sila msg abg dgn seberapa segera..
Deposit: RM30 sebelum 27 Mac 2012..
payaran baki sebelum bertolak ke tanjung malim..atau boleh buat bayaran penuh terus ..
nak no akaun Msg saya k (khairi 0192140091)
nak tengok gambar ?? klik sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1324644776379.40863.1838695613&type=3
Wednesday, February 15, 2012
CAHAYA JERAM PERLUS,
Jam ditangan menunjukkan telah pon 2.45 pagi,
hujan mulai henti daripada runtuh,
Bulan tiba2 muncul dgn bergitu terang,
... dan menunjukkan bulatan penuh menandakan ianya mengambang,
kilawan cahaya cantik jatuh betul2 diatas Air terjun PERLUS,
membuatkan daku terpersona dan terpaku,
deruan air yg jatuh mendatangkan bunyi yg sangat kuat,
walaupon begitu ku rasakan begitu tenang
bagaikan sunyi sepi,
Ku pejamkan mata membenarkan gelap datang,
Tetapi ku hairan tetap juga ianya bercahaya,
Hati ku bertanya kenapa??? Dan kenapa???
Cahaya apakah itu???
Ku termenung sejenak mencari jawapan,
Ku cuba fikirkan begitu mendalam,
Baru ku sedari bertapa Agungnya yg Maha pencipta,
Yang telah menjadikan seluruh alam semesta dgn hanya 7 hari 7 malam,
Ku mendapat jawapan,
Insyallah cahaya rahmat Allah akan senentiasa ada,
Seandainya kita benar2 patuh dan berserah kepadanya,
Berusahalah untuk mengenalnya dgn mendalam,
Nescaya ianya akan terus menyinari kita,
Aku bersyukur kehadrat mu Ya Allah,
Kerana memberi kesempatan …kesempatan untuk bertaubat…
Bertaubatlah selagi mempunyai peluang,
Kerana kesempatan itu belum tentu senentiasa ada,
Allah itu Tuhan Yg Maha pengampun…
Ampunilah segala dosa,
Dosa kecil mahupon dosa besar,
Marilah rakan2 kita segera menadah tangan,
Agar kita berada dibawah naunganya,
Kalau takcaya bertaubatlah segera..
Semoga Allah mengampun kan hangpa dan aku,
Allahuakbar..
Muhammad Khairi kassim
Jeram perlus hulu langat..
12,02,2012 jam 0245
Thursday, July 28, 2011
salam ramadhan al mubarak
Friday, March 4, 2011
XpDc bukit kutu...
Sedikit hal bukit kutu ,,,
12/3
7.30am Kumpul Di petronas taman melati (bersebelahan balai bomba wangsa maju ) bagi yg car pool
drpd KL .
...9.00 Re-group di Masjid Kuala Kubu Baru.
10:30 Start Trekking .
16:30 -17:00 Di Jangka tiba di puncak . ( Set camp , visit tingalan,
kubu lama peninggalan orang puith , Nengok Sunset )
20:00 makam malam & suai kenal & taklimat .
13/3
6.00 Bangun & solat
9.00 Sarapan
10:30 Turun
13:30 Santai di sungai
18:00 Tiba ke KL
itu jer tentetif ringkas .
Maklumat lain;
H20 bawak utk on trek jer .
Akan buat river crossing 3 kali .
Memula trek balak + panas ,pastu trek pacak ,terpacak dan memacak .
Jgn ingat trek relax hah! hehehe
air kat puncak ada perigi......
kepada sesiapa yg berminat sila hubungi saya khairi di talian 0192140091
Pada sesiapa yang nak itot ke Bukit Kutu minggu ini harap dapat kompemkan diri anda secepat mungkin.
Pada yang rasa-rasa macam dah kompem tapi rasa was-was da kompem ke belum
harap kompemkan diri sekali lagi untuk menggelakkan hati luka dan jiwa kacau
Tarikh tutup 9 mac 2011 ek..untuk setkan makan hehehehehe
bayaran makan RM30 tidak termasuk kenderaan,
kenderaan kongsi2 le angaran tol dan minyak dlm RM30 dr KL pergi balik so kongsi2 le k,
bukit kutu terletak d kampung pertak,kuala kubu baharu,
dgn ketinggian 1100m dgn puncak berbatu, bukit kutu ni sangat2 terkenal dgn peninggalan sejarahnya seperti Kubu lama, serombong asap, perigi (jgn tak caya ada perigi di puncak heheheh) dan terowong tinggal dan macam2 lagi kalau nak tahu lebih lanjut jom seratai kami heheheh
Friday, January 7, 2011
jom daki gunung Fuji Narita Jepun.

6D4N Mt Fuji Package inclusive of :
Hari 01 (30 Jun 2011) – Menaiki pesawat MAS / JAL ke Narita, Jepun.
Hari 02 (1 July 2011) – Tiba di Narita / Haneda, Jepun pada awal pagi.
~Urusan imigresen dan kastam ~Menaiki bas menuju ke Stesyen Shinjuku ~ Setiba di Shinjuku adalah
acara bebas~ Tiba waktu untuk menaik...i bas ke Kawaguchiko Stesyen ( 2 jam perjalanan ).
...~ Daftar masuk ke Kawaguchiko Inn ~ Acara bebas.
Hari 03 (2 July 2011) – ~Bersiap untuk menaiki bas ke stesen ke 5
Fuji-san ( 1 jam perjalanan) ~ Tiba di stesen ke 5 ~ Membeli kelengkapan untuk
mendaki seperti: tongkat / oksigen / makanan.
~ Mula mendaki dari stesen ke 5 ( 2,300 m dari paras laut) ~ Tiba di stesen ke 8 ( 3,100 m)
menginap di Taishikan Hut (setelah mendaki sekitar 6-7 jam) ~ Berehat secukupnya.
Hari 04 (3 July 2011) – Seawal 12:30 pagi mula mendaki kembali untuk ke puncak (3,776m) ~ tiba di puncak pada
3:30 pagi untuk menikmati matahari terbit.~ Cuaca di puncak adalah sangat sejuk (7c).
Pada pukul 6:00 pagi mula untuk perjalanan turun ke stesen ke 5 Fuji –san~ Tiba di stesen ke 5
sekitar 10:30 pagi ~Berehat dan membeli cenderahati ~Menaiki bas ke stesen Kawaguchiko.
Mengambil beg beg di Kawaguchiko Inn ~ Menaiki bas ke stesen Shinjuku ~ Menaiki keretapi
ke Ikebukuro untuk ke hostel penginapan ~ Acara bebas.
Hari 05 (4 July 2011) – Acara bebas.
Hari 06 (5 July 2011) – Daftar keluar. Menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita / Haneda untuk
perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
Pakej termasuk:
Menaiki pesawat Japan Airlines atau Malaysia Airlines ke Narita, Jepun
Cukai / surcaj – tertakluk kepada harga semasa.
1 malam penginapan di Kawaguchiko Inn atau setaraf dengan nya
2 malam penginapan di Sakura Hostel di Ikebukuro atau setaraf dengan nya.
1 malam penginapan di Taishikan Hut setaraf dengan nya.
Pengangkutan dari Narita ke Tokyo (pergi – balik)
Pengangkutan dari Shinjuku ke Kawaguchiko (pergi – balik)
Pengangkutan dari Kawaguchiko ke stesyen ke 5 Fuji-san
Tour Manager dari IGNS Holidays
Harga pakej:
RM 4500.00* seorang untuk pendaki
RM 4400.00* seorang yang tidak mendaki
*Harga tertakluk pada perubahan cukai & surcaj
* Minimum 15 orang
* Pada 28 Januari 2011 perlukan nama nama peserta
* Pada 28 Feb 2011 perlu mengambil deposit1 sebanyak RM500
* Pada 31 Mac 2011 perlu bayaran deposit2 sebanyak RM1000
* Pada 31 May 2011 pendaftaran ditutup dan baki bayaran perlu dilangsaikan
012-6215921-Nobli
Monday, November 15, 2010
daypack gunung bunga buah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sekali ni pihak penganjur akan menganjurkan xpdc daypack ke gunung bunga buah, Gunung Bunga Buah merupakan pilihan pendaki yang inginkan cabaran dan keseronokan di hujung minggu dan ianya hanya mengambil masa selama 40 minit memandu dari ibu kota Kuala Lumpur. Ianya juga merupakan tempat latihan yang popular bagi para pendaki sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih sukar seperti Gunung2 G7 dan sebagainya.
Sekiranya anda inginkan cabaran singkat sempena hujung minggu, cubalah untuk mencabar diri anda mendaki Gunung Bunga Buah dan Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai kami untuk mendaki gunung bunga buah, pada hari sabtu 27/11/10 boleh lah menghubungi khairi 012-2170091 atau Mizey 019-3444466 untuk keterangan lanjut sila layari facebook sy khairi,
Thursday, November 4, 2010
Senarai Gunung di Malaysia.
Gunung Kinabalu 13,455
Gunung Trusmadi 8,669
Gunung Tambuyukon 8,462
Sarawak
Gunung Murud 7,946
Gunung Mulu 7,795
Gunung Tama Abu 6,930
Gunung Apd Runan 6,900
Pahang
Gunung Tahan 7,182 Taman Negara
Gunung Irau 6,924
Gunung Benum 6,914 Jerantut
Gunung Berinchang 6,664
Gunung Tangga 6,609
Gunung Siku 6,284 Cameron Highland
Gunung Beremban 6,041
Gunung Bujang 5,812
Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland
Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland
Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang
Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland
Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara
Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland
Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara
Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara
Gunung Perdis 4,195 Taman Negara
Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland
Gunung Irong 3,908
Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712
Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub)
Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara
Gunung Serudum 3,462 Pancing/Kuantan
Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul
Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka
Perak
Gunung Korbu 7,162 Ipoh
Gunung Yong Belar 7,156
Gunung Gayong 7,129
Gunung Yong Yap 7,110
Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089
Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kuala Woh,
Gunung Berembun 6,817
Gunung Swettenham 6,434
Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim
Gunung Noring 6,197
Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak
Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta)
Gunung Bubu(Manong) 5,437
Gunung Bah Gading 5,318
Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172
Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030
Gunung Lebah 4,992 Perak
Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping
Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput
Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering
Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh
Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau
Gunung Bokbak 3,934
Selangor
Gunung Semangkuk 5,984
Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru
Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu
Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat
Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat
Gunung Ulu Bakau 4,421
Kelantan
Gunung Noring East 6,106
Gunung Basor 6,038
Gunung Rabong 5,047 Gua Musang
Gunung Stong 4,664 Kuala Krai
Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu
Kedah
Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling)
Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda
Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling
Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi
Gunung Perak 2,836
Johor
Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak
Gunung Besar 3,398
Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang
Gunung Bekok 3,126
Gunung Pulai(Pulai) 2,147
Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi
Terengganu
Gunung Gagau 4,513 Tasik Kenyir
Gunung Padang 4,314
Gunung Gajah Terom 3,958
N.Sembilan
Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang
Gunung Datok 2,900 Rembau
Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah
Gunung Tampin 2,507 Tampin
Pulau pinang
Western Hill(Penang Hill) 2,723
Sempadan
Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak - Kelantan
Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan
Gunung Bintang 6,110 Sempadan Perak - Kedah
Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan
Pine Hill Tree(Frasers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang
Sunday, October 10, 2010
Riadah di gunung nuang.

senyap sunyi sedangkan banyak aktiviti2 yang dijalankan tidak dimasukkan atau diwar2kan didalam blog, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak para sahabat untuk menyertai aktiviti riadah kali ini dengan dengan mendaki gunung yang paling hampir dengan Kuala Lumpur yang tak lain dan tak bukan Gunung Nuanag, Puncak Gunung Nuang terletak betul-betul di atas sempadan negeri Selangor, negeri Pahang dan negeri Sembilan. Gunung ini menjadi titik fokus sempadan ketiga-tiga negeri ini.
Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur.
cubalah untuk mencabar diri anda mendaki Gunung Nuang ini dan Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai kami untuk mendaki gunung Nuang , pada hari Jumaat 15/10/10 dan turun pada 16/10/10 boleh lah menghubungi khairi 012-2170091 atau Mizey 019-3444466
sekian terima kasih.....
Wednesday, August 25, 2010
JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA
kepada sahabat2 seperjuangan yang amat dihormati, adalah suka ncita nya memaklumkan yang kami pihak penganjur akan mengadakan satu majlis berbuka puasa, sahabat2 pendaki dan ahli keluarga.....
Pada 31 August 2010 jam 7 malam (waktu berbuka puasa)
Bertempat di warung berhadapan Masjid 4 tin atau Masjid Saidina Hamzah,
Kampung Batu Muda Batu Caves, (bersebelahan taman koperasi polis)
atau sila klik disini untuk MAPS
atau sila hubunggi saudara Mizy di talian0193444466 , saudara Zaly 0123476554
atau saya Khairi 0122170091
Sunday, July 4, 2010
LUBUK KAWAH
Pihak gununganag menjemput para pencinta alam ke Program Trans Lajen Lubuk Kawah Sungai Sendat tanjung malim pada 10 dan 11 july 2010 kali ini. Lubuk kawah terletak berhampiran dengan pekan tanjung Malim, Starting point ke Lubuk Kawah adalah Teratak River View Tanjung Malim, Perak. Perjalanan ke Lubuk Kawah dari sini hanya mengambil masa kurang 2 jam 20 minit, kebanyakkan para pengemar trans lubuk kawah ni dengan menggunakan pacuan 4 roda (4x4), walau bagai mana pun memandangkan pihak gununganag mahukan cabaran meredah hutan dan kami akan meneruskan pejalanan berjalan kaki dari teratak river view ke lubuk kawah. Setelah sampai ke lubuk kawah, santapan hidung ,mata, telinga dan juga tekak memang tidak menghampakan, kerana lubuk kawah telah menyajikan 1001 keunikan yg tidak dapat digambarkan.
kepada sesiapa yang berminat sila msg kan:
nama;
no/ic;
dan bayaran untuk makan RM30.00,
sebarang pertanyaan bolehlah menghubunggi saudara SEMZ di talian 0192695075 atau khairi 0122170091.
Saturday, June 5, 2010
xpdc Gunung Baling
Thursday, May 6, 2010
Mt Fuji in Spring Tiashikan Hut 8th station
Package inclusive of:
Return economy class air ticket to Narita, Japan
1 night accommodation at Kawaguchiko Inn
1 night accommodation at
2 nights accoomodation at Shinjuku Washington Hotel
Limousine bus or Narita Express train to Tokyo
Highway bus to Kawaguchiko & 5th station of Mt Fuji
Mountain Ranger accompany from 5th station t to the peak
Tour leader from Impian Holidays
Package price: RM 5000.00 per person ( including airport tax)
For enquiries feel free to call: Mr Nobli– Impian Holidays @ 012-6215921 or email: mohdnobli.takaful@gmail.com
Thursday, April 15, 2010
KEPALA AIR (IBU AIR) KENALI PUNCA, CARA MENGESAN DAN MENYELAMATKAN DIRI
1.Hujan dihulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu itu akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap kedalam tanah maka ia terus melimpah dan masuk kesungai dengan banyak.
2.Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi, pokok-pokok yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini akan menghasilkan empagan-empagan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar.
3.Hujan dikawasan tanah tinggi (gunung)lebih dari kebiasaan, walaupun akar pokok memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk kesungai dengan kadar yang banyak dan laju.
4.Jika berlaku empagan pecah dan gempa bumi (jarang berlaku).
Cara mengesan jika dijangka akan berlaku.
2.Dengan melihat perubahan kepada warna air dan arus yang mengalir, jika air bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertampah kuat lebih baik anda naik.
3.Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti tengelamnya ia didasar sungai (akibat pasir )maka naiklah kedarat .
4.Dengan melihat kearah hulu sungai atau puncak atau lembah pergunungan, lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan (bermakna hujan) maka buatlah penilayan anda sendiri samada selamat atau tidak untuk beriadah disungai.
Apa patut buat jika ia berlaku(menyelamatkan diri):
2-Jika sedang melintas sungai kerana 'treakking', secara berkumpulan bantulah rakan yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang belum melitas berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik kekawasan tinggi atau memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar)
3-Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja dan bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ketepi.
4-Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan yang teruk jika terkena.
5-Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART atau tunggu sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.
Pengalaman lusuh menghadapi sendiri dua peristiwa berlakunya kepala air:
Pertama berlaku di Gunung Ledang pada tahun 1988, semasa itu menjadi fasalitator untuk satu program perkhemahan untuk remaja peringkat negeri Johor. Dihari kejadian berlaku hujan yang amat lebat dan lama. Oleh kerana itu program terpaksa di tunda. Sedang lusuh terlena, terasa sesuatu bergegar dikemsite dan apabila lusuh pandang kearah sungai, lusuh amat terkejut kerana melihat air bergulung-gulung mengalir deras. Kekuatannya hingga boleh mengegarkan kemsite kami. Tapi kami bersyukur kerana semua peserta selamat. Selepas 1jam ia berlaku, datang pasukan penyelamat (Bomba) kerana diceritakan ramai orang terperangkan di bahagian atas (kolam puteri).
Keduanya berlaku di Air Terjun Lepor Hulu Langat . Berlaku pada tahun 2000 atau 2001. Masa ini Lusuh meneman kawan menjadi guide untuk satu kumpulan dari kelang dan Shah Alam. Kejadian kepala ini berlaku diwaktu petang dan selepas hujan yang agak lama dari pagi hingga ke petang. Kejadian berlaku dengan pantas, tetapi bersyukur semuanya selamat. Lihatlah gambar dibawah untuk melihat betapa kuatnya jika kepala air berlaku.
Keindahan Air Terjun Lepor sebelum berlaku kepala air
Sekian sahaja yang dapat lusuh catitkan semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya. Jika anda pergi mandi kesungai atau berkhemah di tepi sungai, berkhelah atau sebagainya, sentiasalah berhati-hati agar pergi dan balik anda dalam keadaan ceria selalu.
terima kasih.
Lusuh Adventure
241109 0858
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
teknik mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan


Diartikal ini lusuh akan ceritakan teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau tidak dan apa perlu dilakukan. Disini lusuh akan fokuskan kepada Harimau, Babi hutan, Beruang dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya.
Dinegara kita ini, kes akibat seragan binatang buas terhadap manusia amatlah sedikit. Jika adapun, ai adalah disebabkan oleh harimau belang yang tercedera. Cerita atau kes-kes mengenai haiwan lain menyerang manusia boleh dikatakan hampir tiada.
Harimau Belang
Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan jika anda jumpa kesan tapak kaki seperti di atas. Secara keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar dan berbadan berbelang. Kebisaanya ada tiga ciri utama tempat tingal harimau ini iaitu, tedapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi,bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang sangat pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia kecuali kita ganggu habitatnya, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki tetapi tiada berbau hamis, jangan risau kerana ia mungkin berada jauh dari kita.
2-Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau anda telah melalui sempadan yang ditandanya.
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan dipokok.
5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia masih jauh, tetapi jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan dekat.
6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)
Harimau Kumbang
Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan tompokan pada bulunya jika dipandang dengan teliti. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang, bertubuh kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan memburu makanan dikawasan yang di kuasainya. Harimau kumbang ini sangat pandai berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa dari atas pokok tetapi adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan melarikan diri jika terhidu bau manusia atau yang mengancamnya.(sebenarnya tidak banyak maklumat diketahui mengenainya)
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau hamis
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher dan berada di atas pokok.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)
Babi hutan:
Babi hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti digambar yang ditunjukkan dan jika anda terlihat tanah degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku ,gigi taring dan hidung yang kuat. Babi hutan amat garang jika ia diganggu terutama babi betina yang mempunyai anak. Babi hutan hidup dalam berkumpulan dan ia aktiv mencari makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar tinggal dikawasan lembah dan lembab.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (babi dewasa) dan dan bunyi yang nyaring (akak babi)
3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat babi suka megesel badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang membentuk seperti busut.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia.
2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan ini akan berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang untuk anda kena serang 99% tepat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat dan jangan buat haiwan ini terperanjat. jika tidak ,panjatlah pokok untuk keselamatan.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)
Beruang (beruang madu)
Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau sun bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher. Berat haiwan ini 48-68 kg,berketiggian dalam 4 kaki dan boleh berlari pantas, memanjat dan berenang. Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki. Ia hidup di permukaan tanah dan di atas pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah (bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat pokok untuk mencari madu. Haiwan ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-buahan. Beruang akan bertindak ganas jika ia mempunyai anak.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok dengan cara yang kuat dan besar
2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah kemas atau susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan dapat menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia menghampiri, kita tidak akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau gunakan letupan untuk menakutkanya (mercun)
2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan dengan Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . selepas itu bertawakalah kena tiada cara lain selain tiga perkara diatas untuk menyelamatkan diri.
Gajah Malaysia
Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika. Jangka hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk mencari makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan. Gajah suka berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri untuk mencari makan. Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan. Gajah haiwan yang pandai berenang, cerdik dan pantas belari.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.
2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang, dan buloh.
3.Jika terdegan bunyi gajah yang seperti terompet
4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan, hindarilah tempat tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan kembali ketempat tersebut.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar gajah berlarilah kearah pokok yang besar dan berselindung atau berlarilah mengelilinginya. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim mengawan bagi Jantan dan jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu bertawakalah.
SELADANG
Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan besar (boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat dan melentur kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif diwaktu subuh dan senja. Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar berlarilah kearah pokok yang besar dan berlindung arau berlarilah mengelilinginya. atau sembunyi. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia tercedera atau yang mempunyai anak).
Pengalaman lusuh dan rakan menghadapi haiwan sebegini :
1.Di Taman Negara Pahang- (hanya berada dalam jarak 7@10 kaki dari 'trek' kami lalu (harimau belang) .
2.Di Lubuk Tedung Kemensah- Telah diekori, dan ia telah mengaun dengan kuat dan berkali-kali (harimau belang)
3.Di Air Terjun Jerangkang -telah diekori (harimau belang)
3.Di Lubuk Tedung Kemensah- Rakan lusuh berhadapan (face to face), setelah berbicara ia beredar.
4.Main basikal menuju ke Air terjun Kubang gajah kemensah telah dikejar (di ikuti) (harimau bintang)
5.Taman Negara Pahang, kesan baru Gajah baru lalu.
6.Di Cameron Highland-Mendaki Gunung Beremban, Rakan teserempak dengan Beruang Madu.
Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang dihasilkan.
terima kasih.
Lusuh Adventure
030110 0800
http://lusuh.multiply.com
1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
2.(Gambar adalah bersumber internet)
Simple Outdoor Gear for sale:
RM 188.80
For more detail click link below:
For sale: S.O.E (no.39) KOVEA LANTERN & VALVE CONNECTOR
RM 39.90
For more detail click link below:
For sale: S.O.E (no.39) KOVEA LANTERN & VALVE CONNECTOR
TYPE 1,2,3&4
For more detail click link below:
For Sale: S.O.E (no.3) 4 TYPES BUDJET HEADLAMP
Jika berminat: call/sms/pm lusuh 019-3407872










