Thursday, April 15, 2010

teknik mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan




Kita sering kali masuk dan keluar hutan, mendaki gunung dan sungai untuk menikmati keindahan alam yang yang di cipta oleh yang maha esa. Didalam perjalanan itu, kita mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan yang ditinggalkan oleh haiwan tersebut. Disaat itu ada dua kemungkianan yang berlaku iatu ialah setuasi merbahaya atau tidak.

Diartikal ini lusuh akan ceritakan teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau tidak dan apa perlu dilakukan. Disini lusuh akan fokuskan kepada Harimau, Babi hutan, Beruang dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya.


Dinegara kita ini, kes akibat seragan binatang buas terhadap manusia amatlah sedikit. Jika adapun, ai adalah disebabkan oleh harimau belang yang tercedera. Cerita atau kes-kes mengenai haiwan lain menyerang manusia boleh dikatakan hampir tiada.

Harimau Belang


Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan jika anda jumpa kesan tapak kaki seperti di atas. Secara keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar dan berbadan berbelang. Kebisaanya ada tiga ciri utama tempat tingal harimau ini iaitu, tedapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi,bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang sangat pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia kecuali kita ganggu habitatnya, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki tetapi tiada berbau hamis, jangan risau kerana ia mungkin berada jauh dari kita.
2-Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau anda telah melalui sempadan yang ditandanya.
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan dipokok.
5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia masih jauh, tetapi jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan dekat.
6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)

Harimau Kumbang


Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan tompokan pada bulunya jika dipandang dengan teliti. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang, bertubuh kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan memburu makanan dikawasan yang di kuasainya. Harimau kumbang ini sangat pandai berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa dari atas pokok tetapi adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan melarikan diri jika terhidu bau manusia atau yang mengancamnya.(sebenarnya tidak banyak maklumat diketahui mengenainya)

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau hamis
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher dan berada di atas pokok.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)

Babi hutan:


Babi hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti digambar yang ditunjukkan dan jika anda terlihat tanah degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku ,gigi taring dan hidung yang kuat. Babi hutan amat garang jika ia diganggu terutama babi betina yang mempunyai anak. Babi hutan hidup dalam berkumpulan dan ia aktiv mencari makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar tinggal dikawasan lembah dan lembab.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (babi dewasa) dan dan bunyi yang nyaring (akak babi)
3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat babi suka megesel badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang membentuk seperti busut.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia.
2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan ini akan berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang untuk anda kena serang 99% tepat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat dan jangan buat haiwan ini terperanjat. jika tidak ,panjatlah pokok untuk keselamatan.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)

Beruang (beruang madu)


Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau sun bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher. Berat haiwan ini 48-68 kg,berketiggian dalam 4 kaki dan boleh berlari pantas, memanjat dan berenang. Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki. Ia hidup di permukaan tanah dan di atas pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah (bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat pokok untuk mencari madu. Haiwan ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-buahan. Beruang akan bertindak ganas jika ia mempunyai anak.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok dengan cara yang kuat dan besar
2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah kemas atau susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan dapat menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia menghampiri, kita tidak akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau gunakan letupan untuk menakutkanya (mercun)
2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan dengan Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . selepas itu bertawakalah kena tiada cara lain selain tiga perkara diatas untuk menyelamatkan diri.

Gajah Malaysia


Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika. Jangka hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk mencari makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan. Gajah suka berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri untuk mencari makan. Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan. Gajah haiwan yang pandai berenang, cerdik dan pantas belari.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.
2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang, dan buloh.
3.Jika terdegan bunyi gajah yang seperti terompet
4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan, hindarilah tempat tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan kembali ketempat tersebut.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar gajah berlarilah kearah pokok yang besar dan berselindung atau berlarilah mengelilinginya. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim mengawan bagi Jantan dan jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu bertawakalah.

SELADANG


Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan besar (boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat dan melentur kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif diwaktu subuh dan senja. Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar berlarilah kearah pokok yang besar dan berlindung arau berlarilah mengelilinginya. atau sembunyi. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia tercedera atau yang mempunyai anak).

Pengalaman lusuh dan rakan menghadapi haiwan sebegini :
1.Di Taman Negara Pahang- (hanya berada dalam jarak 7@10 kaki dari 'trek' kami lalu (harimau belang) .
2.Di Lubuk Tedung Kemensah- Telah diekori, dan ia telah mengaun dengan kuat dan berkali-kali (harimau belang)
3.Di Air Terjun Jerangkang -telah diekori (harimau belang)
3.Di Lubuk Tedung Kemensah- Rakan lusuh berhadapan (face to face), setelah berbicara ia beredar.
4.Main basikal menuju ke Air terjun Kubang gajah kemensah telah dikejar (di ikuti) (harimau bintang)
5.Taman Negara Pahang, kesan baru Gajah baru lalu.
6.Di Cameron Highland-Mendaki Gunung Beremban, Rakan teserempak dengan Beruang Madu.

Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang dihasilkan.

terima kasih.

Lusuh Adventure

030110 0800

http://lusuh.multiply.com

1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

2.(Gambar adalah bersumber internet)


Simple Outdoor Gear for sale:

KOVEA LANTERN
RM 188.80

For more detail click link below:
For sale: S.O.E (no.39) KOVEA LANTERN & VALVE CONNECTOR


VALVE CONNECTOR
RM 39.90

For more detail click link below:
For sale: S.O.E (no.39) KOVEA LANTERN & VALVE CONNECTOR


BUDJET HEADLAMP
TYPE 1,2,3&4

For more detail click link below:
For Sale: S.O.E (no.3) 4 TYPES BUDJET HEADLAMP

Jika berminat: call/sms/pm lusuh 019-3407872

No comments:

Post a Comment