Sunday, November 1, 2009

SESAT DI HUTAN??????

'Sesat dihutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga. Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Di sini lusuh akan terang beberapa "tips" untuk dikongsi bersama agar menjadi pengajaran dan iktibar. Mari kita lihat Faktor-faktor ia berlaku.
Image

Faktor-faktor ia terjadi (sesat)

1.keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar dan sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di trek.

2.Gangguan makluk halus. Akibat dari perkara no 1, diatas. Senanglah makluk halus ini untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal. apabila tersedar anda berada dilaluan yang berbeza.

3.Guide(jurupandu) atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan besendirian) kerana tidak semua peserta berpengalaman.

4.Terlalu gembira, kerana nak sampai atau balik cepat.

Dari empat faktor diatas atau salah satu darinya, adalah penyebab kita tersesat dalam hutan, dan jika berlaku perkara yang harus dilakukan ialah:

1.Jika anda yakin telah sesat, langkah pertama ialah berpatah balik, kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangkamasa 30 min hingga 1jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)

2.Jika anda yakin telah sesat, langkah kedua ialah, berehat saja cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat. Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panic makin sesat jadinya. jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.

3.Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan. Jika jumpa tunggulah disitu, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.

4.Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam) dan jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar. Bawalah barang-barang yang terpenting sahaja iaitu beg kecil(jika ada) atau beg yang ada,pisau,ligther (mancis),tourch light atau headlamp, sleeping bag atau baju sejuk dan botol air. beg yang ringan memudahkan anda berjalan. Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menujukan arah anda hendak pergi. Disepanjang perjalanan tinggalah tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari anda.


Mencari makanan dan bekalan air

Didalam hutam banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan,ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada diantaranya yang beracun. cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:

Image

Jika tumbuhan:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Anda juga boleh ambil iktibar dari haiwan yang memakan daun, makanlah daun atau buah yang dimakan haiwan tersebut inshaAllah selamat.
Anda juga bleh mendapat sumber makanan dari tumbuhan seperti pokok palma, buah rotan, pokok bertam,(ambil umbutnya), lengkuas liar (umbutnya) dan berbagai lagi yang mempunyai umbut. Cendawan juga juga boleh dimakan. Kebanyakan cendawan pokok boleh dimakan tetapi janganlah menganbil cendawan yang berwarna garang (terang),berkilat,keras dan rapuh kearana kebiasaanya ia beracun.(kebanyakan diatas tanah)-makan cendawan ni, lusuh tidak galakan tetapi sebagai sumber ilmu diterangkan juga.

Image

Jika buah-buahan:
Sama seperti teknik diatas,iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Yang jelas ialah, haiwan sepeti kera tidak akan makan buah yang beracun. jika jumpa buah seperti ini jangan makan. Andai anda jumpa buah hutan, dan melihat ada kesan dimakan haiwan, makan sedikit buat tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika ok makanlah sepuasnya.

Image

Jika haiwan dan serangga:

banyak haiwan yang boleh dimakan,sepeti burung,kancil dan pelanduk. dalam keadaan darurat ni semuanya halal. contoh terbaik ialah ular, jika dapat, putuskan kepala buang isiperutnya dan boleh dimakan mentah atau dibakar. Walauapapun haiwan yang ditangkap pastikan najis atau perutnya dibuang. Serangga juga boleh dimakan, contohnya anai-anai atau larva semut. (Tetapi jangan termakan yang berbisa punya ok), ia mengandungi kandugan protin yang tinggi.

Image

Bekalan air:
Sebaik-baiknnya carilah punca air. kerana manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tampa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan peruik kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan soal geli, nyawa lebih penting)

Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat


Image

Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh 2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau dikawasan sumber makananya .

Pastikan juga kawasan yang dipilih bukan dilaluan binatan,air,laluan angin dan bukan dibawah dahan atau pokok yang mati. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada bunatang berbisa. Langkah yang terbaik di dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin (katil) tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki. potong pokok yang kecil dan potong dalam 5 kaki,tajamkan hujungnya untuk dijadikan senjata@tongkat. Langkah seterusnya carilah makanan (apa yang dapat) dan yang terakhir ialah nyalakan api. (jika banyak agas atau nyamuk, gunakan sarang anai-anai yang terdapat pada pokok hancurkan dan letak atas api, asap dari sarang ini dapat halau serangga ini)
Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok.Caranya samada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) diatas pokok atau ikat diri anda dipokok, (pastikan pokok yang tiada serangga berbisa atau yang beracun) jarak yang selamat ialah dalam anggaran 3-6 meter dari tanah. Carilah dahan yang kuat dan selesa anda duduk, pusingkan badan anda menghadap pokok itu posisi seperti memeluk pokok, ikatan hendaklah dibahagian dada dan belakang melalui ketiak. ikatlah bada anda mengikut keselesaan, tetapi ingat sinpulan terakhir mestilah kuat.

Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan.Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semagat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan. Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%.Walauapapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.

Untuk pengatahuan lusuh pun pernah sesat dihutan iaitu di Gunung Nuang dan dan hutan kecil Muar. Tetapi kami sesat dalam satu kumpulan . Tapi bersyukur kerana dengan bekalan ilmu yang ada dan semangat,semuanya selamat ditempuhi dan keluar dengan aman.

Ok, setakat tu sahaja, nanti lusuh akan sambung lagi bab yang sama artikel yang akan datang. Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.

terima kasih.
Image
Lusuh Adventure
040609 1014
4 outdoor gear visit: http://lusuh.multiply.com

No comments:

Post a Comment