Thursday, January 14, 2010

XPDC Gunung NUANG




Puncak Gunung Nuang terletak betul-betul di atas sempadan negeri Selangor, negeri Pahang dan negeri Sembilan. Gunung ini menjadi titik fokus sempadan ketiga-tiga negeri ini.

Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :

Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan periharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.


KEPADA SESIAPA YG BERMINAT UNTUK MENYERTAI XPDC NI PADA 16 DAN 17 JAN 2010 BOLEH LAH MENGHUNUNGI PIHAK PENGANJUR


KHAIRI 012-2170091

Wednesday, January 6, 2010

Tambah ilmu....



Kursus meningkatkan kemahiran mendaki dan berkhemahJan 4, '10 2:36 PM
for everyone
Start: Jan 30, '10 02:00a
End: Jan 31, '10
Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tajuk Program: Kursus meningkatkan kemahiran mendaki dan berkhemah

Objektif: Meningkatkan kemahiran pendaki ketika berekspedisi

Tenaga Pengajar: Rembau & Jebat

Kumpulan Sasaran: semua pendaki

Bilangan Peserta: max 30 peserta & terbuka untuk umum

Bayarkan full payment (not refunable jika tarik diri) ke MBB Asrul Effendi Abidin 164418042799
Tarikh tutup penyertaan 15 jan atau jika penuh ditutup awal bergantung kepada yang mana terdahulu


Pendekatan: teori dan amali

sinopsis: kursus ini menawarkan kepada peserta-peserta akan kemahiran merancang ekspedisi, mengasah mind mapping dan
sesat. Untuk sesat ianya akan dikupas dari sudut kenapa, bagaimana, bila, cara-cara untuk menghindarinya dan jika tersesat apa perlu dilakukan.

Tarikh : 30 & 31 Jan 2010.

Lokasi: Di satu hutan di sekitar Lembah Klang (lokasi akan dinyatakan kemudian kepada peserta-peserta)

Hubungi: Fendi - 012 2220450 (Jika nak call sebelum 1 tengahari, 1pm - 11pm sms shj)

Bayaran: RM30 meliputi ration dan tuition fees

Tentatif: Detail tentatif tidak akan dinyatakan secara terperinci.
permulaan tentatif adalah berkumpul di satu tempat di Lembah Klang (akan dibagitau kemudian) pada 30 jan jam 07:30am dan akan tamat program pada 31 jan pukul 4:00pm.

Barang-barang yang wajib dibawa ketika kursus

1. pakaian hiking
2. pakaian tidur
3. khemah/fly/ground
4. sepasang mess tin
5. sudu
6. cawan
7. pisau/parang
8. lampu suluh
9. wisel
10. sleeping bag
11. pen

lain2 barang akan diupdate kemudian jika ada tertinggal.

ditil sila layari http://sacredreich.multiply.com/calendar/item/10067

Saturday, January 2, 2010

LATIHAN UNTUK GUNUNG TAHAN.



Gunung Datuk / Datok

Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.

Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau.

Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.

Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah
Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.

Puncak Gunung Datok
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.

Perizinan
Balai Polis Kota
Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur,

di minta para sahabat untuk berkumpul pada jam 7.30 pagi di KFC tol sungai besi dan sila hubungi saudara zaliy untuk keterangan lanjut di talian 0123476554


khairi.