Thursday, March 15, 2012

Xpdc ke Gunung Liang timur dan barat...(Tanjung Malim)


Assalamualaikum semua,
kami akan mengadakan xtvt mendaki gunung Liang..


atur cara xtvt..
30 Mac 2012
berkumpul d petronal wangsa melawati yg ada McD
bersebelahan balai bomba wangsa Maju jam 9.00 malam gerak ke RnR Rawang bergabung dgn kawan2 Abang Semz, berkumpul dan bertolak ke Tanjung Malim..ke kg sungai dara behrang Ulu, bermalam di sungai berhampiran rumah Pam kg sg dara..

31 Mac 2012
jam 8.00 bergerak terus ke kem 7e11 dan bermalam disana memandangkan dikem tersebut terdapat sumber air..

01 April 2012

jam 4 pagi bertolak ke puncak gunung Liang untuk menikmati keajaiban alam matahari yg bangun dr tidur.. kita bergambar sakan di kedua2 puncak memandangkan cuma memerlukan masa 15 minit perjalanan diantara kedua puncak...

jam 1
turun terus ke kg sungai dara tunggu semua dah sampai dan bergerak balik ke rumah masing2...

kos untuk xtvt kali ini adalah RM60 termasuk, makan peralatan dan pengankutan (car pool) kita akan bayar kat tuan keta..

kalau berminat sila msg abg dgn seberapa segera..
Deposit: RM30 sebelum 27 Mac 2012..
payaran baki sebelum bertolak ke tanjung malim..atau boleh buat bayaran penuh terus ..
nak no akaun Msg saya k (khairi 0192140091)

nak tengok gambar ?? klik sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1324644776379.40863.1838695613&type=3

Wednesday, February 15, 2012

CAHAYA JERAM PERLUS,



Jam ditangan menunjukkan telah pon 2.45 pagi,
hujan mulai henti daripada runtuh,
Bulan tiba2 muncul dgn bergitu terang,
... dan menunjukkan bulatan penuh menandakan ianya mengambang,
kilawan cahaya cantik jatuh betul2 diatas Air terjun PERLUS,
membuatkan daku terpersona dan terpaku,

deruan air yg jatuh mendatangkan bunyi yg sangat kuat,
walaupon begitu ku rasakan begitu tenang
bagaikan sunyi sepi,
Ku pejamkan mata membenarkan gelap datang,
Tetapi ku hairan tetap juga ianya bercahaya,
Hati ku bertanya kenapa??? Dan kenapa???
Cahaya apakah itu???

Ku termenung sejenak mencari jawapan,
Ku cuba fikirkan begitu mendalam,
Baru ku sedari bertapa Agungnya yg Maha pencipta,
Yang telah menjadikan seluruh alam semesta dgn hanya 7 hari 7 malam,

Ku mendapat jawapan,
Insyallah cahaya rahmat Allah akan senentiasa ada,
Seandainya kita benar2 patuh dan berserah kepadanya,
Berusahalah untuk mengenalnya dgn mendalam,
Nescaya ianya akan terus menyinari kita,
Aku bersyukur kehadrat mu Ya Allah,
Kerana memberi kesempatan …kesempatan untuk bertaubat…

Bertaubatlah selagi mempunyai peluang,
Kerana kesempatan itu belum tentu senentiasa ada,
Allah itu Tuhan Yg Maha pengampun…
Ampunilah segala dosa,
Dosa kecil mahupon dosa besar,

Marilah rakan2 kita segera menadah tangan,
Agar kita berada dibawah naunganya,
Kalau takcaya bertaubatlah segera..
Semoga Allah mengampun kan hangpa dan aku,
Allahuakbar..

Muhammad Khairi kassim
Jeram perlus hulu langat..
12,02,2012 jam 0245

Thursday, July 28, 2011

salam ramadhan al mubarak

salam ramadhan al mubarak agar hidup kita lebih di berkati dan di rahmati Allah hendaknya insyallah....

Friday, March 4, 2011

XpDc bukit kutu...






Sedikit hal bukit kutu ,,,

12/3
7.30am Kumpul Di petronas taman melati (bersebelahan balai bomba wangsa maju ) bagi yg car pool
drpd KL .
...9.00 Re-group di Masjid Kuala Kubu Baru.
10:30 Start Trekking .
16:30 -17:00 Di Jangka tiba di puncak . ( Set camp , visit tingalan,
kubu lama peninggalan orang puith , Nengok Sunset )
20:00 makam malam & suai kenal & taklimat .

13/3

6.00 Bangun & solat
9.00 Sarapan
10:30 Turun
13:30 Santai di sungai
18:00 Tiba ke KL

itu jer tentetif ringkas .

Maklumat lain;
H20 bawak utk on trek jer .
Akan buat river crossing 3 kali .
Memula trek balak + panas ,pastu trek pacak ,terpacak dan memacak .
Jgn ingat trek relax hah! hehehe
air kat puncak ada perigi......

kepada sesiapa yg berminat sila hubungi saya khairi di talian 0192140091
Pada sesiapa yang nak itot ke Bukit Kutu minggu ini harap dapat kompemkan diri anda secepat mungkin.

Pada yang rasa-rasa macam dah kompem tapi rasa was-was da kompem ke belum
harap kompemkan diri sekali lagi untuk menggelakkan hati luka dan jiwa kacau

Tarikh tutup 9 mac 2011 ek..untuk setkan makan hehehehehe
bayaran makan RM30 tidak termasuk kenderaan,
kenderaan kongsi2 le angaran tol dan minyak dlm RM30 dr KL pergi balik so kongsi2 le k,

bukit kutu terletak d kampung pertak,kuala kubu baharu,
dgn ketinggian 1100m dgn puncak berbatu, bukit kutu ni sangat2 terkenal dgn peninggalan sejarahnya seperti Kubu lama, serombong asap, perigi (jgn tak caya ada perigi di puncak heheheh) dan terowong tinggal dan macam2 lagi kalau nak tahu lebih lanjut jom seratai kami heheheh

Friday, January 7, 2011

jom daki gunung Fuji Narita Jepun.


6D4N Mt Fuji Package inclusive of :
Hari 01 (30 Jun 2011) – Menaiki pesawat MAS / JAL ke Narita, Jepun.
Hari 02 (1 July 2011) – Tiba di Narita / Haneda, Jepun pada awal pagi.
~Urusan imigresen dan kastam ~Menaiki bas menuju ke Stesyen Shinjuku ~ Setiba di Shinjuku adalah
acara bebas~ Tiba waktu untuk menaik...i bas ke Kawaguchiko Stesyen ( 2 jam perjalanan ).
...~ Daftar masuk ke Kawaguchiko Inn ~ Acara bebas.
Hari 03 (2 July 2011) – ~Bersiap untuk menaiki bas ke stesen ke 5
Fuji-san ( 1 jam perjalanan) ~ Tiba di stesen ke 5 ~ Membeli kelengkapan untuk
mendaki seperti: tongkat / oksigen / makanan.
~ Mula mendaki dari stesen ke 5 ( 2,300 m dari paras laut) ~ Tiba di stesen ke 8 ( 3,100 m)
menginap di Taishikan Hut (setelah mendaki sekitar 6-7 jam) ~ Berehat secukupnya.
Hari 04 (3 July 2011) – Seawal 12:30 pagi mula mendaki kembali untuk ke puncak (3,776m) ~ tiba di puncak pada
3:30 pagi untuk menikmati matahari terbit.~ Cuaca di puncak adalah sangat sejuk (7c).
Pada pukul 6:00 pagi mula untuk perjalanan turun ke stesen ke 5 Fuji –san~ Tiba di stesen ke 5
sekitar 10:30 pagi ~Berehat dan membeli cenderahati ~Menaiki bas ke stesen Kawaguchiko.
Mengambil beg beg di Kawaguchiko Inn ~ Menaiki bas ke stesen Shinjuku ~ Menaiki keretapi
ke Ikebukuro untuk ke hostel penginapan ~ Acara bebas.
Hari 05 (4 July 2011) – Acara bebas.

Hari 06 (5 July 2011) – Daftar keluar. Menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita / Haneda untuk
perjalanan pulang ke Kuala Lumpur

Pakej termasuk:
Menaiki pesawat Japan Airlines atau Malaysia Airlines ke Narita, Jepun
Cukai / surcaj – tertakluk kepada harga semasa.
1 malam penginapan di Kawaguchiko Inn atau setaraf dengan nya
2 malam penginapan di Sakura Hostel di Ikebukuro atau setaraf dengan nya.
1 malam penginapan di Taishikan Hut setaraf dengan nya.
Pengangkutan dari Narita ke Tokyo (pergi – balik)
Pengangkutan dari Shinjuku ke Kawaguchiko (pergi – balik)
Pengangkutan dari Kawaguchiko ke stesyen ke 5 Fuji-san
Tour Manager dari IGNS Holidays

Harga pakej:
RM 4500.00* seorang untuk pendaki
RM 4400.00* seorang yang tidak mendaki
*Harga tertakluk pada perubahan cukai & surcaj
* Minimum 15 orang
* Pada 28 Januari 2011 perlukan nama nama peserta
* Pada 28 Feb 2011 perlu mengambil deposit1 sebanyak RM500
* Pada 31 Mac 2011 perlu bayaran deposit2 sebanyak RM1000
* Pada 31 May 2011 pendaftaran ditutup dan baki bayaran perlu dilangsaikan

012-6215921-Nobli

Monday, November 15, 2010

daypack gunung bunga buah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekali ni pihak penganjur akan menganjurkan xpdc daypack ke gunung bunga buah, Gunung Bunga Buah merupakan pilihan pendaki yang inginkan cabaran dan keseronokan di hujung minggu dan ianya hanya mengambil masa selama 40 minit memandu dari ibu kota Kuala Lumpur. Ianya juga merupakan tempat latihan yang popular bagi para pendaki sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih sukar seperti Gunung2 G7 dan sebagainya.
Sekiranya anda inginkan cabaran singkat sempena hujung minggu, cubalah untuk mencabar diri anda mendaki Gunung Bunga Buah dan Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai kami untuk mendaki gunung bunga buah, pada hari sabtu 27/11/10 boleh lah menghubungi khairi 012-2170091 atau Mizey 019-3444466 untuk keterangan lanjut sila layari facebook sy khairi,

Thursday, November 4, 2010

Senarai Gunung di Malaysia.

Sabah
Gunung Kinabalu 13,455
Gunung Trusmadi 8,669
Gunung Tambuyukon 8,462

Sarawak

Gunung Murud 7,946
Gunung Mulu 7,795
Gunung Tama Abu 6,930
Gunung Apd Runan 6,900

Pahang
Gunung Tahan 7,182 Taman Negara
Gunung Irau 6,924
Gunung Benum 6,914 Jerantut
Gunung Berinchang 6,664
Gunung Tangga 6,609
Gunung Siku 6,284 Cameron Highland
Gunung Beremban 6,041
Gunung Bujang 5,812
Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland
Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland
Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang
Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland
Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara
Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland
Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara
Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara
Gunung Perdis 4,195 Taman Negara
Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland
Gunung Irong 3,908
Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712
Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub)
Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara
Gunung Serudum 3,462 Pancing/Kuantan
Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul
Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka

Perak
Gunung Korbu 7,162 Ipoh
Gunung Yong Belar 7,156
Gunung Gayong 7,129
Gunung Yong Yap 7,110
Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089
Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kuala Woh,
Gunung Berembun 6,817
Gunung Swettenham 6,434
Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim
Gunung Noring 6,197
Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak
Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta)
Gunung Bubu(Manong) 5,437
Gunung Bah Gading 5,318
Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172
Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030
Gunung Lebah 4,992 Perak
Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping
Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput
Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering
Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh
Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau
Gunung Bokbak 3,934

Selangor
Gunung Semangkuk 5,984
Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru
Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu
Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat
Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat
Gunung Ulu Bakau 4,421

Kelantan
Gunung Noring East 6,106
Gunung Basor 6,038
Gunung Rabong 5,047 Gua Musang
Gunung Stong 4,664 Kuala Krai
Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu

Kedah
Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling)
Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda
Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling
Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi
Gunung Perak 2,836

Johor
Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak
Gunung Besar 3,398
Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang
Gunung Bekok 3,126
Gunung Pulai(Pulai) 2,147
Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi

Terengganu
Gunung Gagau 4,513 Tasik Kenyir
Gunung Padang 4,314
Gunung Gajah Terom 3,958

N.Sembilan
Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang
Gunung Datok 2,900 Rembau
Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah
Gunung Tampin 2,507 Tampin

Pulau pinang
Western Hill(Penang Hill) 2,723

Sempadan
Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak - Kelantan
Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan
Gunung Bintang 6,110 Sempadan Perak - Kedah
Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan
Pine Hill Tree(Frasers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang